السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Muqaddimah E - book Nota Santai dengan 47 muka surat ini adalah sebuah buku nota berkisar tentang darah wanita dilengkapi dengan kalendar hijrah sebagai ruang tanda haid. Disusun dan diolah dengan perkataan mudah dihadam khusus buat semua Muslimah yang keliru dengan hukum asas dan tentang haid, nifas dan istihadhah. Anda boleh memilih untuk membacanya dengan dua cara : 1. Baca secara digital di peranti laptop, tablet atau phone 2. Download dan print menjadi buku fizikal sendiri, saiz A5 atau A4 dengan warna. Pastikan printer yang menggunakan warna yang berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. (Diizinkan print untuk belajar tetapi dilarang mencetak untuk dijual.) Siapa saya ? Dan kenapa saya menulis E-book ini ? Sebenarnya pada awal tulisan ini ingin dicetak menjadi buku fizikal tetapi saya rasa ianya terlalu santai untuk dimiliki kerana hukum hakam darah wanita ini banyak lagi cabangnya. Jadi saya merasakan perlu mengeluarkan buku yang lebih sempurna tentang hukum darah ini dengan lengkap mengikut kajian Syeikh Arsyhad Al Banjari didalam kitab Sabila Muhtadin. Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi secara online agar lebih mudah sampai dengan diolah menjadi e-book yang mudah dan santai dengan penuh warna warni. Untuk harganya saya tidak tahu berapa yang perlu diletakkan anda tentukan sahaja sendiri seikhlas hati walau Rm1.00 saya tidak kisah. Anggap saja ianya sebagai suntikan semangat untuk saya meneruskan usaha dakwah ini. Doakan dan bantu saya share link yang anda peroleh kepada yang lain, ingat share link bukan share Pdf ye... Semoga lebih ramai yang dapat manfaat dari e-book ini.